Wednesday, November 21, 2012

emosi malam ini. (entri panjang lagi pedas)

malam ni aku penuh emosi. dan selalunya bila aku beremosi entry blog in akan jadi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

aku emosi sebab Palestin. ya, serius.

sebelum aku amik keputusan untuk bukak laptop dan tulis entri ini, aku baca di wall Afdlin Shauki tentang penjelasan isu promosi filem Pontiank vs Orang Minyak. dalam status sebelum status itu, beliau mempromosi filem itu sambil mengatakan bahawa filem ini menyokong Palestin, dan aku yakin, keuntungan yang dia akan dapat dari filem ini akan disalurkan untuk membantu Palestin, biarpun 10RM. dan aku terus baca lagi. si pessimist menulis komen "publisiti murahan. jangan jadikan isu di Palestin untuk mencari keuntungan"
dalam hati aku berkata, what the fuck?
a man has to do what he has to do. jelasnya Afdlin Shauki seorang karyawan dan dia baru keluarkan filem, mestilah dia nak promosikan filem dia. dan isu menarik Palestin sebagai pelaris tak timbul kerana selama serangan ke atas Gaza berlaku, Afdlin adalah seorang artis yang prihatin terhadap perkambangan di sana. bukan macam Nora Danish yang hanya upload gambar vain dengan gincu merah menyala di instagram. apa salahnya mengaitkan sesuatu yang asyik berada di minda (kerana aku yakin dia jugak selalu terfikirkan soal ini) dengan apa yang kita harus buat untuk meneruskan kelangsungan hidup. kadang kadang orang nak think critically tapi it just went too wrong.

at least dia ada keprihatinan, keinginan dan usaha untuk menolong. dan tak hanya lupakan isu Palestin dan tumpukan pada promosi filem tu sahaja? before you condemn, ask yourself, have you done something?

next, obviously facebook bukan laman favourite aku sekarang. in fact setiap kali nak bukak facebook rasa macam tak best. sebab sekarang cuti dan facebook dipenuhi budak sekolah yang tak ada aktiviti lain selain online 24/7. sampaikan news feed aku dipenuhi status yang ntah hapa hapa. seriously ntah hapa hapa. pasal boyfriend, crush, sampaikan perbualan dia dengan orang lain pun direkod dalam bentuk dialog. dan paling meluat sekali bila ditulis perkataan bosaaaan pastu buat tanda (-.-) yang entah hapa hapa. sooo 90's la simbol ni semua. dulu orang main simbol ni kat handphone 3310 sebab obviously takde graphic smiley and emoticons. maaf lah, saya sebagai orang tua saya rasa macam bosan baca status yang tak memberi manfaat macam tu.. kalau sekadar nak luah perasaan tak apa. biasa lah tu. tapi apa kes kalau status di update 3 4 kali dalam masa satu minit. sila ke twitter jika anda nak update banyak status sekali. batak sangat lah.

dek kerana kebatakkan sesetengah rakan facebook aku, aku rasa kecewa lalu lead to become emotional. aku yakin kebanyakkan mereka tak tonton berita. mungkin ramai juga yang tak baca surat khabar. hanya baca muka buku dan novel Adam dan Hawa. banyak mana info yang boleh dapat dari pembacaan tersebut? aku yakin juga kebanyakkan mereka tak dapat memberi jawapan konkrit mengapa Israel begitu mahu menawan bumi Palestin dan membunuh civilians di sana? mungkin sesetangah mereka tak dapat bezakan apakah Israel, Yahudi, Jerusalam, dan Tel Aviv, Gaza dan Palestin. tapi dengan jayanya mereka boleh beritahu apakah beza crush, boyfriend dan couple.

kan lebih bagus jika dari usia semuda ini kita sudah kaji tentang isu yang berlaku. dan bawa pengetahuan ini ke perbincangan di sekolah atau di tempat lepak?

mulanya aku kurang percaya isu boikot Israel ni. sebab aku rasa apakah kaitannya aku makan Samurai burger dengan Palestin. tapi lepas baca post di wall Afdlin Shauki, aku dah mula sedar, sekecil-kecil usaha yang kita buat, akan dihitung oleh Allah dan akan disoal di akhirat. masa pergi pasar mini ada vanilla coke dan teh krisantimum seasons sebelah menyebelah. mengapa tidak boleh memilih yang lain sedangkan ada pilihan? aku bertekad, walaupun tak jadi true boycott, aku akan elakkan selagi boleh.

dan sedang membelek instagram, aku terlihat seorang rakan memuat naik gambar secawan kopi kisar Starbucks. ok lets come clean. pada aku Starbucks is a symbol of luxury jugak. yelah, secawan RM14. dulu bila kawan-kawan pos gambar di Starbucks atau memegang cup Starbuck, aku mesti cam wow. dan aku pun pernah minum kopi di sana. bukanlah sedap mana pun. belum habis aku dah muak dan loya. cuma aku tak batak sangat lah nak ambil gambar cawan Starbucks tu dan muat naik dengan caption "went to Starbucks today and this is awesome!" maaf lah, jika kumpul duit lima posen selama sebulan, Kamal Ashraf pun boleh minum di Starbucks. tapi kumpul lima posen selama sebulan belum tentu boleh beli sebelah subang dari Habib (ini hanya selingan)
bukan isu batak tak batak yang buat aku emo. isunya is how sensitive you are towards the sensitivity of Muslims around the world. dan aku rasa bersyukur sebab kebanyakkan gambar kat instagram aku adalah gambar Kamal Ashraf walaupun pernah ada niat nak tangkap gambar kotak Vantage yang aku baru beli. nasib baik aku tak sebatak itu. first mesti ada orang rasa annoyed dengan kebatakkan kita dan kita akan cakap balik "you're just jealous". no, bukan sebab jealous, kadang kadang maybe jealous tu buat orang rasa meluat. tapi mostly orang rasa meluat sebab rasanya tak perlu kot nak tangkap gambar handphone sendiri dan tulis caption "phone baru". perlu ke?

oklah dah panjang sangat ni. rasa banyak dah luahan perasaan kat sini. status aku di facebook memang nak taji orang tapi kalau korang rasa tak cukup pedas nak taji orang, apa aku kisah? kbye.

Thursday, November 15, 2012

Agony of a mother

Sorry for the long hiatus. I was called to write after i read about the use of minyak gamat after delivery.

Ok, this entry contains very matured details. Maybe lucah for some people due to age factor. Tp for the sake of sharing why not. Jangan baca if you have insecurities.

I had my baby with normal delivery, with the help of epidural. Not sound heroic la pakai epidural tapi it is for the best not just for me but for my baby. Lepas dapat jab epidural kat tulang belakang, i was so high. All i remember was they asked me to increase the dose if i can't stand the pain. But i was smart enough to leave some space for pain when the time has come so that i feel what is the real contraction pain. All i know i keep on pushing so hard sampai terkeluar buasir tetiba anak dah ada atas dada. After a few minutes dia cucuk ubat kecutkan rahim kat peha and dia cakap nak jahit. I was like, what??

Nurse cakap "ada gunting sikit". And seriously i tak rasa apa apa masa digunting tu. Tapi masa jahit seriously sakit. Walaupun still epidural effect is still there.

Bayangkan. Part of your body kena gunting. And yet before i give birth that was the only thing i was scared of. Selalu kakak-kakak yang dah bersalin bagitahu jangan takut sebab tak rasa (because the contraction pain is everything at that time)

Luka disitu kena 6 jahitan. Tapi jahitannya alhamdulillah cantik sebab senior matron yang buat.

I had to stay 3 days at the hosp sebab kamal kena jaundice. Susahnya hidup masa tu. Nak jaga jahitan dan anak pada masa yang sama dalam keadaan tak biasa. Memang susah.

Balik rumah. Selepas 5 hari salah satu jahitan sikit terbuka. Masa tu mmg sakit. Rasa seram sejuk nak demam semua ada. Sebelum tu nurse tak bagi cuci ngan air suam and air garam or air apa apa. Just cuci dengan air biasa. Actually dalam recovery process tu takde lah sakit cuma seriau. Tapi bila terbuka mmg sakit.

At that time i just don't believe what nurse said. Yelah. Nak baikkan jaundice diaorg tak bagi jemur tapi kamal punya bacaan kuning makin naik. Asik suruh susukan badan. I did but nothing much changed. So maktok jemur pagi pagi, mandikan dengan air buah keranda alhamdulillah turun.

So i did what maktok asked me to do. Pakai minyak gamat dan air buah manjakani. I did and thank God. Speedy recovery. Sapu pada tempat luka. At that time i don't think of infections or whatso ever. And atas sebab nak baik cepat bagi je air gamat yang bau macam air longkang and pati ikan haruan yang rasa hanyir tu semua aku telan.

Confinement period is fill with pain at first. Difficulties form the middle to the end. Difficult sebab banyak sangat kena buat dan takleh buat.

Sampai sekarang bila cakap pasal kesakitan lepas bersalin, i still feel it. Ngeri. Ngilu. Semua ada. I just don't know when i'll be ready for the next baby.

Now i know why a mother is a super human.

Sunday, November 4, 2012

supa mam

alone with son at home the whole day. my mind was triggered to mull over something again.

from my point of view, most mom can take care of their children even if they are alone.
but only a few dad can do that alone.

bukan nak mengata para suami and fathers. but as what happened to me i can barely make a lousy conclusion as above.

yesterday was a full-day even for me. dari pukul 7 keluar berkerja, habis pukul 12, shopping bahan masak, pukul 1 sampai rumah. terkejut. my husband wasn't even took his bath yet. and rumah memang agak bersepah. the baby sitting job handed over and my hubby mandi then keluar potong rambut. while he's out, i managed to put kamal to sleep, sweep the floor and mop it while at the same time, watch Reese Witherspoon in Sweet Home Alabama. he's home and i cook dinner. pukul 5.30 baru lah rasa free sikit for a break so i took a nap since kamal pun tidur gak. masa tu, sejam that i got worth more than RM100. 

at 6, got up and mandikan anak, then bersiap pergi dinner. when i left at 8, hubby was doing his work while sonny dok main main dalam walker. i was home at 1145 pm and found out sonny was on the sleeping mat and he was still with his laptop. masa tanya, muka memang sour tahap gaban. "tak sempat makan. anak muntah 2 kali." weird. everything is ready. sikit effort je diperlukan iaitu bangun dan ceduk nasi then ceduk lauk dalam pinggan dan makan. tak pe tak pe. aku siapkan nasi sekali ngan air dan cough syrup dia. siapkan tempat tidur dan tidur. 

being married to a navy is tough. dalam sebulan, paling sikit diaorang duty is 3 times. and duty means - leaving the house for 30 hours. masa husband duty i had to take all his role and do mine as well. kalau masa sekolah, after work, i amik anak at 7pm, buy myself dinner, balik, feed the son, tidurkan anak, paling cepat i can take my bath will be at 10 pm. lepas mandi baru makan. and kalau calculate balik, it will be 12 hours after i took my last meal since i don't eat lunch. and kalau cuti lagi tedious. semua kerja kena buat sendiri. mandikan anak, basuh berak, muntah, layan dia main and pd masa yang sama jalankan tanggungjawab utk kerja dan diri sendiri. kalau amalkan alasan "tak sempat" memang i will die of starvation. 

when i was small, i still remember how was then when my mom was hospitalised. abah took over mak's job and it was weird not to have mak around. abah tried to cook and it was a total failure. but at least he tried. sampai sekarang pun, kalau mak sakit, memang rumah tu takkan terurus. 

and today, bila i watch Anlene's ad on tv, Michelle Yeoh's words struck me. "Asian women is the pillar of family" and she is absolutely true. rare lah kes yang bapak besarkan anak dia bersendirian. bukan takde ye, but as i said, they are rare.

bukan nak merungut atau mengungkit here. but as i mull this matter over, i got into a sense on how important i am to this family. it is not that i don't trust my husband, but i believe that he won't be able to take care of himself as he was busy taking care of our son. 

dan aku dapat kaitan, insan yang paling kita hormat ialah ibu, ibu, ibu dan bapa. kenapa ibu wujud 3 kali di situ. 

from this point, i value myself more than anything in this world. and apa yang jadi pada arwah Normaya Mokhtar buat aku lebih sayang diri aku. 


bukan senang jd working mom.











Friday, November 2, 2012

C

lama dah tak post entri pedas.

lately i realised that i was surrounded by lots and lots of people who are in love. i mean nauseating type of love. understand? alamak, camne nak explain explicitly eh. susah lah. ah senang cakap bebudak yang tak berapa cukup haul yang bercinta teruk-teruk. sorry for being too straight forward. 

pernah ada this type of experience before. back then when i was in form one, two, three, four in MRSM PDRM. the time when i heard the word "couple" the most. si tu couple ngan si ni. si ni couple ngan si tu. aku je yang loser sebab tak lawa so takde orang nak couple ngan aku. tapi tak mati pun takde couple ni. aku membesar dengan kuat dan sihat dan survive 5 tahun of my study years there. 

masa first kerja kat bagan datoh, everybody has a partner, and i again see myself as the loser. kali ini orang sekeliling aku couple sebab nak kawin dengan orang tu. Baha-Dana, Lynda-Shidee, Ilah-Deris, Muni-Tunang, Hasrul-Izan, semua sibuk tunjuk bakal suami/isteri, bukan tunjukkan awek/balak. i was a loser sebab takde calon suami lagi masa tu. tapi watpe nak rasa loser kan hidup mesti diteruskan. 

tak sampai setahun lepas rasa loser tu i met my C. bukan couple tapi Calon suami. ajaib. 

but now after 3 years of service, i got the feeling of the first experience. semua dok cakap pasal C. Couple, crush and cinta. du-uh. i mean to say bodoh. yelah. diri tak cukup haul tapi busy bercinta. bercinta teruk sampaikan orang sekeliling rasa cam nak throw up on your face. 

one day i was queuing to draw some money from an ATM machine. and ternampak satu couple ni tengah duduk atas bench bawah escalator supermarket tu. si pompuan tengah suap si jantan makan crepe. dalam hati aku, "hey jantan ko takde tangan ke nak makan sendiri? and perlu ke si pompuan tu nak suap laki ko kat public? this is not even a restaurant!" tapi cakap dalam hati jelah. jantan tu pakai cap, aku nak gak tengok muka jantan tu. cam Aaron Aziz ke yang pompuan tu sayang sangat sampai makan pun kena bersuap? tetiba dia angkat muka dia, ya Allah. ok fine tak baik menghina tapi you all paham lah sendiri kan. dah terpandang, aku pun terus pandang. macam kenal mamat ni. 

turn aku sampai. and masa tengah jolok kad tu tetiba ada suara. panggil "cikgu.." aku toleh, la... jantan yang kena suap tu tegur aku. anak murid aku rupanya. and guess what, dia ni budak form 1 yang tak lagi bersekolah. dia cakap "cikgu, belanja makan." aku goat grin kat dia then terus layan ATM machine tu, lagi bagus dari aku layan mamat manja tak kena tempat tu. dah habis urusan aku blah gi shopping. 

masa aku sedang beli roti, sebelah aku dua orang couple surely budak sekolah, sebab pakai baju pj ada nama sekolah tett. masa nak pilih roti tu si jantan tanya "mama nak yang mana satu, cepat la, papa dah pilih papa punya." mata aku terus pandang diaorg, muka aku terus jadi camni

dalam hati aku cakap tiga huruf dalam gambar tu. aku cam nak muntah so terus amik je roti apa apa then blah. masa tu rasa cam loya masa mengandung. gila babi... papa and mama? gila babi sial. aku dengan laki aku pun tak macam ni. ohoo maybe kitorg tak romantik. tapi dalam hati aku tertanya tanya mana anak korang yang nak berpapa mama segala. sumpah geli. 

kalau papa mama takat tu je boleh terima lagi rasanya. yelah sekarang kan semua ada hak asasi kan. pi mampos korang lah nak panggil apa kat C korang. tapi takpayah la merealisasikan panggilan tu dengan menjadi kan diri korang sebagai papa and mama kepada anak haram korang. mungkin cam cliche sangat nak kaitkan couple ngan anak haram ni tapi that is the truth. it is happening and it happens everywhere in our society.

teringat pengalaman aku masa mengandungkan Kamal dan aku kena masuk hospital sebab ada masalah kesihatan masa di hujung trimester kedua. sebelah katil aku, a petite girl. i mean very petite. tengah tunggu masa nak deliver. ketuban tak pecah tapi darah dah keluar sampai basah katil. doc suruh dia standby je. so dia pun call la whoever dia call tu. masa doctor datang nak bagitau dia yang dia akan dibawak ke labour room, mintak ade penjaga escort sekali, dia cakap "pukul 6 lah doctor, suami saya kerja" then doc cakap "suami? you mana kawin lagi! panggil parents you." pastu semua nurse macam boo dia and suruh dia panggil mak bapak dia. lepas dia ditolak masuk labour room semua dok senyum sinis kat dia and they were talking bout that girl. what i heard was she was 14, of course lah bukan bini orang sebab masih bawah umur. buat projek dengan bf sampai mengandung. then bapak suruh beranakkan jugak. dalam hati aku, aku rasa cam gila lah budak tu. tapi baik sikit lah sebab dia tak gugurkan or buang baby tu. realiti ni. selalu aku dengar je budak bawah umur mengandung, tapi ni real punya aku tengok. geleng kepala. 

as Lala was once in O&G, she always came back and told us the reality in O&G labour room. each day, akan ada baby luar nikah yang akan dilahirkan, kadang-kadang tu boleh cecah 13 orang sehari. semua yang melahirkan ni akan ditulis "Cik" kat report sheet so means semua orang kat situ tahu dia ni lahirkan anak luar nikah. and she told me that mostly, these ladies are Malays. teenagers. dari rumah rumah perlindungan. lepas lahirkan tu, baby tu akan di ambil oleh JKM, dan akan diserahkan pada orang lain. realiti yang menyedihkan pada aku.

macam mana si mak tu boleh hidup lepas jerit perih dia lahirkan anak dia? aku pelik. jangan cakap masa lahir je. masa mengandung. takde connection ke antara mom-baby? macam mana diaorg ni berhati kering dan lupakan baby tu untuk terus hidup? pelik sangat. 

C lah ikut suka hati korang tapi jangan lah buat benda yang menunjukkan yang korang ni dah lah tak matang lagi, pastu bodoh pulak tu. tak pasal-pasal mak bapak pun kena tuduh bodoh tak pandai didik anak. and tak pasal-pasal cikgu pun kena tempias salah jugak. dafak. kalau kita belajar betul-betul, tumpukan perhatian, misalnya dalam subjek sains tingkatan 3 dan biologi, ada diajar cara-cara pencegahan kehamilan. dan kalau tumpu lebih sikit, dalam subjek pendidikan Islam, cikgu ada bagitahu bahawa zina adalah dosa besar. dan ustazah dan ustaz jugak dah cerita tentang azab di neraka. kalau kita dengar lah. mesti lepas tu kita tahu apa nak buat kan, i mean tu pun kalau kita pergi sekolah dan belajar lah kan....

eh terpanjang pulak. kalau bosan lain kali tak payah baca lagi ok. sapa makan serbuk kopi mestilah dia rasa pahit kan. so takyah taouching kalau anda takde kena mengena dengan cerita C ni. kbye.

super mom

hello wajjap dog.

i saw somewhere on the instagram of a suam-suam kuku punya famous lady, who is the wife of a famous millionaire, she stated that she is a super mom. and somehow, i don't know why but i kept on thinking about it.

how do you define super mom? i don't think i should be giving birth to a super man then only i got the title. every mom is a super mom. honestly kalau nak cakap bab bab super and supremacy ni, i think i am more super than that lady.

yelah, wife of a millionaire, sure ada maid. and perhaps, maid dia yang basuh berak anak dia. buat susu, hm, maybe buat tapi tak selalu lah. yelah kalau dah ada kemudahan, kan lebih senang jerit "bibik, buat susu!" dari bangun dan buat susu tu sendiri. kalau lah anak dia muntah, agak-aganya dengan memakai baju Versace dengan kuku yang baru dipolish dan di manicure dan pedicure tu nak ke dia lap dan bersihkan muntah? maybe tak kot, nanti busuk lah baju tu, hilang kilat kuku-kuku semua. dan masa anak dia nak kena pergi pemeriksaan bulanan, i don't think dia pergi cucuk kat klinik kerajaan where they have to beratur, bila sampai turn kena bogelkan baby, timbang berat, ukur kepala, ukur panjang, then pakaikan balik, tunggu lagi. surely kat private they don't have to do all those. nurse yang buat semua kan. what a lucky mom. i think that title suits you better. you are a super mom because you are super lucky. that is all.

i think i am a super mom simply because i did all the ugly part of being a mom. basuh punggung, mandikan, buat susu, bagi makan, masak nasi bubur, lap muntah, basuh baju, henjut buai dan tepuk bontot sampai anak terlena, bersihkan rumah, masak nasi for suami, bawak anak gi klinik alone AND working at the same time. working in the sense of berbaktilah jugak pada keluarga, masyarakat dan negara (agak poyo di situ). i think i am a better super mom compared to the super mom mentioned above. tapi if other moms are reading this, some might think i don't deserve it. they might think they are a better super mom. who?

mak yang besarkan anak sorang-sorang sebab suami dah tak ada lagi. tabah kerja siang malam tapi tetap tak lupa untuk jaga kebajikan anak. tak ada maid nak uruskan, semua buat sendiri. tak pernah tahu wujudnya jenama beg yang bernama TODS dan Balenciaga. tak peduli bahawa tribal, aztec dan peplum adalah trend masa kini, janji anaknya dapat makan dan ada pakaian untuk dipakai. mak yang mampu besarkan 10 orang anak seorang diri dan semuanya jadi manusia yang berjaya. itulah super mom sebenar. pengorbanan, that is what makes you a super someone.

tapi semua mak sanggup buat apa saja untuk anak. dari kaya sampai miskin. sebab itu kita semua super mom. what makes us different is how lucky we are.

my mak

my mama
i love my mom. and i know my son loves me too.