Friday, December 7, 2012

2012 viva la career!

entri ini bosan kerana berunsur matang walaupun tak lucah. jadi jika berjiwa kanak-kanak riang, sila jauhi entri ini.

actually apa yang aku nak tulis ni takde kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa event. just purely coffee pastu muhasabah tentang keseluruhan perjalanan kerjaya sepanjang 2012, tolak March April dan May.

Encik Azren telah mengajak Roshida berkayak. sebelum berkayak mesti bawa life jacket, bawak jugak walaupun tak pakai sebab nampak cam tak pro lah kan pakai life jacket. semasa sedang berkayak, kayak bocor dan Roshida dipaksa terjun dalam laut. Life jacket tak sempat pakai. Tapi terjun jugak. Paddle dah tenggelam. Panic sekejap. Terapung apung atas air dengan life jacket. Apa nak buat ni? Tak ada pilihan lain. Berpaut pada life jacket dan gunakan tangan sebagai paddle. Kaki pun tolong kayuh. Akhirnya akan sampai jugak ke daratan dengan kayuhan tangan dan pertolongan ombak walaupun ambila masa 14 hari baru sampai kat jeti Pangkor..  
Paddle itu ibarat ego. Life jacket itu ilmu. Kayak pulak ibarat kerjaya. Ombak tu pulak macam rakan-rakan dan persekitaran.

This is the analogy of my career life.

sesetengah orang rasa aku bertuah sebab dapat keluar dari sistem SBP. tak kurang yang rasa cam "habislah dia ni lepas gi sekolah harian" dan aku rasa diri aku bertuah sebab banyak benda aku belajar sepanjang penghijrahan aku tahun ni.

1. aku belajar tak semestinya pakai paddle baru boleh berkayuh.
aku belajar bahawa dalam bidang ni tak ada istilah cikgu SBP lebih pakar dan lebih hebat dari guru sekolah harian. ego aku lenyap macam paddle tu tenggelam. dulu bila aku dapat posting ke SBP aku rasa cam "e eh aku mesti bagus" padahal dalam course aku, aku seriously biasa biasa je. bila aku keluar baru aku tahu aku sebenarnya seorang yang sangat lucky. sebab 1st posting dapat SBP and lepas 3 tahun dapat transfer keluar dari sistem ni yang bukan semua orang dapat. bila aku masuk sekolah gred B ni, pertama kali di intro kat semua orang aku ingat semua akan cam wow kat aku bila sebut aku dari Sains Bagan Datoh sekolah no 1 di Hilir Perak. tapi orang buat derk je. ayat cliche aku selalu dapat "hm, sabar jelah banyak banyak sebab budak sini tak sama macam SBP" tu je. dalam meeting panitia 1st  aku aku cam nak cakap "bla bla bla, been there, done that guys, i am an ex KP ok." tapi aku sedar aku cuma seekor semut yang anytime boleh dipijak oleh geng geng senior yang rata-rata dah DG44 dan DG48. rasa jelah tapi diaorg ok je actually. walaupun ade pendekatan yang diaorng bincang tu cam bosan tapi i shut up sebab i know they know better. bila pergi kursus dan menanda kertas, lagilah beza tu tak nampak langsung. tapi ada 1 perbezaan ketara yang buat aku kena humble sampai sekarang - pengalaman. masa aku menanda dengan Pn. Hung dari ACS, aku look up kat dia bukan sebab dia dari ACS, tapi sebab pengalaman dia yang dah sebaya dengan umur abah. then i noticed, maybe sebab aku beritahu semua aku baru 3 tahun kerja sebab tu no one look up on me walaupun aku dari SABDA sekolah no. 1 di Hilir Perak.

2. tak mungkin aku boleh terus dapat idea untuk berenang ke daratan lepas jatuh dari kayak.
takkan ada orang boleh jadi professional, unggul dan ulung dalam seminit. jadi kesilapan yang kita buat tu adalah perkara biasa. tak ada sesiapa pun yang baru 1st time jadi guru kelas mampu isi register tanpa ada buat satu kesalahan pun. dah 3 tahun aku jadi guru kelas, aku masih buat silap masa isi register. dan 2 tahun jadi KP. aku masih tak hafal isi kandungan file panitia. it took me 2 years and i am still a lousy KP. so bila KP baru aku kat sini cakap benda bosan dan sistem pengurusan panitia dia macam kelam kabut, aku rasa benda tu biasa. kalau aku take over kerja dia pun, dengan pengalaman aku as ex KP kepada sekolah no. 1 dalam daerah Hilir Perak, i don't think i can do well too. the best i can do is to support. not to condemn. sebab bila kita pakai "kasut" dia, kita tak mungkin dapat menari segala jenis tarian yang dia tak dapat tarikan.

3. kepentingan life jacket. walaupun tak ada dibadan, tapi masih berguna kalau kita tahu macam mana nak memanipulasi kegunaannya. 
terus belajar, adapt, dan adapt. tak semestinya jika kita dalam kapal cruise, kita akan selesa dan tak mungkin karam satu hari nanti. dulu aku selesa sangat dengan kedudukan aku as seorang cikgu SBP, sekolah hebat no. 1 gitu. KP pulak, menanda kertas lagi. adjudicator debat, siap KP STAR request suruh aku transfer ke sekolah tu. tapi masih ada lagi cabaran yang aku tak pernah rasa tapi cikgu lain dah rasa. that simply means aku ni takdelah hebat sangat. aku hebat jika aku berjaya tolong Haris Usnan dapat A dalam BI tapi aku lebih hebat jika aku berjaya tolong Sai yang tak kenal huruf tu untuk boleh membaca. aku hebat jika dapat latih Hazeem untuk PPM tapi aku lebih hebat jika aku berjaya buat Afzal berat mulut tu bercakap dalam BI. dan aku sedar aku tak hebat langsung pun! di mana kita dicampak, belajar lah cara untuk buat diri jadi hebat, dan terus berusaha untuk mengadapsi diri. once dah adapt, i will be on the right track to be superb. dan tak mungkin dapat capai kehebatan seorang diri. kita sentiasa perlukan support dari persekitaran dan kawan-kawan. walaupun kita rasa dia ni cikai punya orang, tapi sebenarnya kita tak mungkin dapat baca jantina ikan dengan hanya tengok ikan tu sekilas pandang.

ok fine dah melalut sebab kopi dah mula hilang keberkesanan. selamat pagi semua.

Thursday, December 6, 2012

self battle.

entri ni adalah pergelutan dalam diri aku sendiri sebagai mummy. tak ada kena mengena dengan sesiapa. me myself and I.

sejak cuti ni aku duduk kat rumah sambil masak tu macam-macam aku fikir. one of them is to further studies. swear, teringin sangat. and lagi teringin nak sambung abroad. tapi kalau local pun tak kisah actually.
cuma. otak terus pikir lagi seolah olah mancari alasan.

alasan #1 - existing responsibilities.  
susahnya nak cope with studies, duties as a mom and a teacher and a wife. it shows. this year i am marking and babysitting at the same time. memang somehow a failure occurs. susah nak focus when your son is pulling your leg asking you to play with him. and how to focus when your husband is waiting in hunger? nak key in markah dalam saps lagi. banyak sangat nak cope dalam 1 masa. ada orang boleh but i questioned myself and the answer is "i don't think so". it is not that i am being so pessimist here, just being realistic. i know myself better.
actually kalau hati dah tekad, ni smua boleh overcome. dengan kerjasama husband pasti boleh lah. so alasan #1 ni actually tak lah kuat sangat. 

alasan #2 - Kamal Ashraf.
he is growing up. i want my son to love me because i love him so much. and unfortunately i have lost one medium of strengthening the mom-son bonding - that is the breastfeeding. i have no other way rather than physical and emotional communication. and i know my son needs my attention. he shows it well. kalau mummy tak pedulikan amacap, dia tarik rambut mummy pastu nangis. bila mummy bangun dia senyum and sambung main. bila mummy tidur balik, dia datang balik and lempang muka mummy berkali kali. such an attention seeking boy. but that is all what he needs now. and i have to give. kalau tidak dia akan membesar sebagai budak yang tak cukup kasih sayang. sebab dalam masa 15 tahun lagi dia tak mungkin lagi minta perhatian mummy dengan cara macam ni. kalau diberi sekarang, dia tak perlu lakukan sesuatu yang lebih teruk dari tarik rambut dan melempang muka mummy supaya mummy bagi attention pada dia kan.
i do believe that a child needs the love from both of the parents. and i was lucky enough to get the transfer to Manjung. it seems that i am no longer a tough lady who can raise the child on her own hand alone. bila difikirkan balik, bukan self pride yang penting. yang penting ialah tumbesaran anak tu berlaku dalam keadaan normal. berlaku bersama ibu dan bapa bila anak perlukan kedua-duanya.
teringat kata-kata Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. 4 tahun pertama tumbesaran anak sangat penting. jangan biarkan bibik yang besarkan anak. kata-kata tu aku ingat sampai sekarang dan aku takkan lupakan.

alah, lepas 4 tahun, adik Kamal pulak datang. bilanya nak sambung. alasan akan terus jadi alasan. sampai bila diri nak maju?

ya, adik-adik Kamal akan datang dan alasan ini akan berterusan. tapi kalau Allah mengizinkan perancangan yang dah dibuat, by the time i reached 40, my youngest would be at least 5 or 6 years old. and masa tu mungkin masa terbaik mummy nak sambung pengajian mummy. tak ada had dalam menuntut ilmu kan. dan masa tu kita belajar, anak belajar, bukankah itu inspirasi terbaik untuk anak yang sedang bergelut dengan perkembangan ilmu?

macam mana dengan cita-cita nak keluar dari sekolah dan kembangkan kerjaya?

jika mummy tak dapat peluang nak pertingkatkan kerjaya mummy kerana mummy tak ada master atau phd. mummy redha. bukan rezeki gamaknya.
dalam hidup kita ada wishlist kan. dalam wishlist aku cuma satu je yang belum tercapai - sambung master. dan akan aku capai jugak. what matters most is adakah kita dapat apa yang kita hajatkan? bukan bilakah kita dapat apa yang kita hajatkan. jika mampu, letakkan sasaran masa. jika tidak, asalkan tercapai, tu dah cukup memadai. sama lah macam berkahwin, kita plan nak kawin umur 25 tapi kadang-kadang jodoh sampai cepat umur 23 kita dah kawin. ada rugi ada untung. samalah macam sambung master. mungkin mummy rugi sekarang sebab semua yang sebaya mummy dah ada master tapi mummy masih a degree holder. tapi mummy yakin mummy tak rugi sebab mummy tahu anak mummy dah dapat kasih sayang dan perhatian yang diaorg nak dari mummy. sebab semakin membesar seorang anak tu, makin ramai orang yang akan ada dalam circle of trust dia. mummy nak jadi orang pertama yang masuk circle of trust anak mummy.

orang lain okay je. yang penting planning. 

jika orang lain mampu, good for them.
apa yang kita rancangkan kadang kadang datang dalam bentuk bulat. tapi Allah mahu hidup kita lebih cantik jadi dia datangkan bucu bucu pada bulatan tu. sedar tak sedar jadi segitiga. but why not? segitiga itu bentuk juga kan. walaupun pergerakan segitiga tak selancar bulatan, tapi still benda berbentuk segitiga boleh digolekkan dengan sedikit kuasa untuk menolaknya.

good luck myself. i love you.

batu belah batu bertangkup

sorry that lately dilanda kesibukkan melampau. procrastination has showed its impact on me.

but i stole some of my time to blog today. sebab rasa cam sedikit emo after watching Batu Belah Batu Bertangkup.

warning. this is a light entry. just how i feel and ponder using the other side of my brain. takyah la nak rasa otak aku tak betul or berkarat atau nak debate ngan aku on this topic. memang agak ntah hape hape la sebab entry ni pun tah hape hape.

masa tengok cerita ni i was soo effin' sleepy. tapi bila tengok watak si Pekan yang dah besar tido dalam buai, i was like huh? so aku tengok jelah cerita ni. pastu dia bangun tido and mintak telur ikan tembakul kat kakak dia. kakak tak bagi pastu dia hentak hentak kaki and become grumpy. masa tu lah aku emo. kalau lah aku dapat adik cam Pekan tu memang kena penampor la. boleh pulak dia tendang nasi pastu guling-guling atas nasi tu? sumpah kalau aku Melur memang aku sepak Pekan laju-laju.

tapi aku memang respect lah watak si Melur tu. sabar je dia layan adik dia. impressive gile sebab bila adik dia cakap "nak telur" dia bagi telur ayam. pastu boleh pulak si Pekan tu humban telur tu kat tingkap. kalau aku Melur memang aku hempuk telur tu atas kepala dia sebelum dia humban telur tu kat tingkap.

next aku emo ngan mak dia. my hubby asked me, "mak dia tu mengandung ke mengidam teruk sangat?"
ya. kempunan teruk sangat. as if that was the last ikan tembakul yang bertelur.  kamon mak... pergi lah cari lagi. dalam 100 ekor yang kamu dapat maybe ade seekor yang ade telur kan. and ikan tembakul isn't a rare species or an extinct one. eh jap. halal ke makan ikan belacak?

i put myself as the mom. of course la i takkan mengidam ikan belacak. maybe masa tu telur ikan belacak sama nilainya macam caviar kot. oklah i bought a can of salmon roe caviar with the price of RM35k. tetiba Kamal Ashraf makan semua. pastu aku gi terjun laut kat teluk Batik. cam ntah hape hape kan. daripada pergi terjun laut, baik aku merajuk pergi duduk kat Pangkor sebulan bila dah cool sikit baru balik Lumut. pastu suh laki buat loan kat Bank Rakyat untuk beli caviar ganti. kalau bunuh diri memang rugi, tak sempat nak tengok anak membesar depan mata sendiri. walaupun anak perangai menjengkelkan macam si Pekan tu, lempang sekali dua pastu kurung dalam bilik sampai dia insaf. takyah lah bunuh diri bagai.

haha. emo sebab cerita hitam putih. aku memang bodoh. tapi suka hati lah kan. aku yang bodoh bukan orang lain. and aku memang garang. so?

ok lah babai. nak mark paper.