Thursday, December 6, 2012

self battle.

entri ni adalah pergelutan dalam diri aku sendiri sebagai mummy. tak ada kena mengena dengan sesiapa. me myself and I.

sejak cuti ni aku duduk kat rumah sambil masak tu macam-macam aku fikir. one of them is to further studies. swear, teringin sangat. and lagi teringin nak sambung abroad. tapi kalau local pun tak kisah actually.
cuma. otak terus pikir lagi seolah olah mancari alasan.

alasan #1 - existing responsibilities.  
susahnya nak cope with studies, duties as a mom and a teacher and a wife. it shows. this year i am marking and babysitting at the same time. memang somehow a failure occurs. susah nak focus when your son is pulling your leg asking you to play with him. and how to focus when your husband is waiting in hunger? nak key in markah dalam saps lagi. banyak sangat nak cope dalam 1 masa. ada orang boleh but i questioned myself and the answer is "i don't think so". it is not that i am being so pessimist here, just being realistic. i know myself better.
actually kalau hati dah tekad, ni smua boleh overcome. dengan kerjasama husband pasti boleh lah. so alasan #1 ni actually tak lah kuat sangat. 

alasan #2 - Kamal Ashraf.
he is growing up. i want my son to love me because i love him so much. and unfortunately i have lost one medium of strengthening the mom-son bonding - that is the breastfeeding. i have no other way rather than physical and emotional communication. and i know my son needs my attention. he shows it well. kalau mummy tak pedulikan amacap, dia tarik rambut mummy pastu nangis. bila mummy bangun dia senyum and sambung main. bila mummy tidur balik, dia datang balik and lempang muka mummy berkali kali. such an attention seeking boy. but that is all what he needs now. and i have to give. kalau tidak dia akan membesar sebagai budak yang tak cukup kasih sayang. sebab dalam masa 15 tahun lagi dia tak mungkin lagi minta perhatian mummy dengan cara macam ni. kalau diberi sekarang, dia tak perlu lakukan sesuatu yang lebih teruk dari tarik rambut dan melempang muka mummy supaya mummy bagi attention pada dia kan.
i do believe that a child needs the love from both of the parents. and i was lucky enough to get the transfer to Manjung. it seems that i am no longer a tough lady who can raise the child on her own hand alone. bila difikirkan balik, bukan self pride yang penting. yang penting ialah tumbesaran anak tu berlaku dalam keadaan normal. berlaku bersama ibu dan bapa bila anak perlukan kedua-duanya.
teringat kata-kata Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. 4 tahun pertama tumbesaran anak sangat penting. jangan biarkan bibik yang besarkan anak. kata-kata tu aku ingat sampai sekarang dan aku takkan lupakan.

alah, lepas 4 tahun, adik Kamal pulak datang. bilanya nak sambung. alasan akan terus jadi alasan. sampai bila diri nak maju?

ya, adik-adik Kamal akan datang dan alasan ini akan berterusan. tapi kalau Allah mengizinkan perancangan yang dah dibuat, by the time i reached 40, my youngest would be at least 5 or 6 years old. and masa tu mungkin masa terbaik mummy nak sambung pengajian mummy. tak ada had dalam menuntut ilmu kan. dan masa tu kita belajar, anak belajar, bukankah itu inspirasi terbaik untuk anak yang sedang bergelut dengan perkembangan ilmu?

macam mana dengan cita-cita nak keluar dari sekolah dan kembangkan kerjaya?

jika mummy tak dapat peluang nak pertingkatkan kerjaya mummy kerana mummy tak ada master atau phd. mummy redha. bukan rezeki gamaknya.
dalam hidup kita ada wishlist kan. dalam wishlist aku cuma satu je yang belum tercapai - sambung master. dan akan aku capai jugak. what matters most is adakah kita dapat apa yang kita hajatkan? bukan bilakah kita dapat apa yang kita hajatkan. jika mampu, letakkan sasaran masa. jika tidak, asalkan tercapai, tu dah cukup memadai. sama lah macam berkahwin, kita plan nak kawin umur 25 tapi kadang-kadang jodoh sampai cepat umur 23 kita dah kawin. ada rugi ada untung. samalah macam sambung master. mungkin mummy rugi sekarang sebab semua yang sebaya mummy dah ada master tapi mummy masih a degree holder. tapi mummy yakin mummy tak rugi sebab mummy tahu anak mummy dah dapat kasih sayang dan perhatian yang diaorg nak dari mummy. sebab semakin membesar seorang anak tu, makin ramai orang yang akan ada dalam circle of trust dia. mummy nak jadi orang pertama yang masuk circle of trust anak mummy.

orang lain okay je. yang penting planning. 

jika orang lain mampu, good for them.
apa yang kita rancangkan kadang kadang datang dalam bentuk bulat. tapi Allah mahu hidup kita lebih cantik jadi dia datangkan bucu bucu pada bulatan tu. sedar tak sedar jadi segitiga. but why not? segitiga itu bentuk juga kan. walaupun pergerakan segitiga tak selancar bulatan, tapi still benda berbentuk segitiga boleh digolekkan dengan sedikit kuasa untuk menolaknya.

good luck myself. i love you.

No comments: