actually apa yang aku nak tulis ni takde kena mengena dengan sesiapa atau apa-apa event. just purely coffee pastu muhasabah tentang keseluruhan perjalanan kerjaya sepanjang 2012, tolak March April dan May.
Encik
Azren telah mengajak Roshida berkayak. sebelum berkayak mesti bawa life jacket, bawak jugak walaupun tak pakai sebab
nampak cam tak pro lah kan pakai life jacket. semasa sedang berkayak, kayak bocor
dan Roshida dipaksa terjun dalam laut. Life jacket tak sempat pakai. Tapi terjun
jugak. Paddle dah tenggelam. Panic sekejap. Terapung apung atas air dengan life
jacket. Apa nak buat ni? Tak ada pilihan lain. Berpaut pada life jacket dan gunakan
tangan sebagai paddle. Kaki pun tolong kayuh. Akhirnya akan sampai jugak ke
daratan dengan kayuhan tangan dan pertolongan ombak walaupun ambila masa 14 hari baru sampai kat jeti Pangkor..
Paddle
itu ibarat ego. Life jacket itu ilmu. Kayak pulak ibarat kerjaya. Ombak tu
pulak macam rakan-rakan dan persekitaran.
This
is the analogy of my career life.
sesetengah orang rasa aku bertuah sebab dapat keluar dari sistem SBP. tak kurang yang rasa cam "habislah dia ni lepas gi sekolah harian" dan aku rasa diri aku bertuah sebab banyak benda aku belajar sepanjang penghijrahan aku tahun ni.
1. aku belajar tak semestinya pakai paddle baru boleh berkayuh.
aku belajar bahawa dalam bidang ni tak ada istilah cikgu SBP lebih pakar dan lebih hebat dari guru sekolah harian. ego aku lenyap macam paddle tu tenggelam. dulu bila aku dapat posting ke SBP aku rasa cam "e eh aku mesti bagus" padahal dalam course aku, aku seriously biasa biasa je. bila aku keluar baru aku tahu aku sebenarnya seorang yang sangat lucky. sebab 1st posting dapat SBP and lepas 3 tahun dapat transfer keluar dari sistem ni yang bukan semua orang dapat. bila aku masuk sekolah gred B ni, pertama kali di intro kat semua orang aku ingat semua akan cam wow kat aku bila sebut aku dari Sains Bagan Datoh sekolah no 1 di Hilir Perak. tapi orang buat derk je. ayat cliche aku selalu dapat "hm, sabar jelah banyak banyak sebab budak sini tak sama macam SBP" tu je. dalam meeting panitia 1st aku aku cam nak cakap "bla bla bla, been there, done that guys, i am an ex KP ok." tapi aku sedar aku cuma seekor semut yang anytime boleh dipijak oleh geng geng senior yang rata-rata dah DG44 dan DG48. rasa jelah tapi diaorg ok je actually. walaupun ade pendekatan yang diaorng bincang tu cam bosan tapi i shut up sebab i know they know better. bila pergi kursus dan menanda kertas, lagilah beza tu tak nampak langsung. tapi ada 1 perbezaan ketara yang buat aku kena humble sampai sekarang - pengalaman. masa aku menanda dengan Pn. Hung dari ACS, aku look up kat dia bukan sebab dia dari ACS, tapi sebab pengalaman dia yang dah sebaya dengan umur abah. then i noticed, maybe sebab aku beritahu semua aku baru 3 tahun kerja sebab tu no one look up on me walaupun aku dari SABDA sekolah no. 1 di Hilir Perak.
2. tak mungkin aku boleh terus dapat idea untuk berenang ke daratan lepas jatuh dari kayak.
takkan ada orang boleh jadi professional, unggul dan ulung dalam seminit. jadi kesilapan yang kita buat tu adalah perkara biasa. tak ada sesiapa pun yang baru 1st time jadi guru kelas mampu isi register tanpa ada buat satu kesalahan pun. dah 3 tahun aku jadi guru kelas, aku masih buat silap masa isi register. dan 2 tahun jadi KP. aku masih tak hafal isi kandungan file panitia. it took me 2 years and i am still a lousy KP. so bila KP baru aku kat sini cakap benda bosan dan sistem pengurusan panitia dia macam kelam kabut, aku rasa benda tu biasa. kalau aku take over kerja dia pun, dengan pengalaman aku as ex KP kepada sekolah no. 1 dalam daerah Hilir Perak, i don't think i can do well too. the best i can do is to support. not to condemn. sebab bila kita pakai "kasut" dia, kita tak mungkin dapat menari segala jenis tarian yang dia tak dapat tarikan.
3. kepentingan life jacket. walaupun tak ada dibadan, tapi masih berguna kalau kita tahu macam mana nak memanipulasi kegunaannya.
terus belajar, adapt, dan adapt. tak semestinya jika kita dalam kapal cruise, kita akan selesa dan tak mungkin karam satu hari nanti. dulu aku selesa sangat dengan kedudukan aku as seorang cikgu SBP, sekolah hebat no. 1 gitu. KP pulak, menanda kertas lagi. adjudicator debat, siap KP STAR request suruh aku transfer ke sekolah tu. tapi masih ada lagi cabaran yang aku tak pernah rasa tapi cikgu lain dah rasa. that simply means aku ni takdelah hebat sangat. aku hebat jika aku berjaya tolong Haris Usnan dapat A dalam BI tapi aku lebih hebat jika aku berjaya tolong Sai yang tak kenal huruf tu untuk boleh membaca. aku hebat jika dapat latih Hazeem untuk PPM tapi aku lebih hebat jika aku berjaya buat Afzal berat mulut tu bercakap dalam BI. dan aku sedar aku tak hebat langsung pun! di mana kita dicampak, belajar lah cara untuk buat diri jadi hebat, dan terus berusaha untuk mengadapsi diri. once dah adapt, i will be on the right track to be superb. dan tak mungkin dapat capai kehebatan seorang diri. kita sentiasa perlukan support dari persekitaran dan kawan-kawan. walaupun kita rasa dia ni cikai punya orang, tapi sebenarnya kita tak mungkin dapat baca jantina ikan dengan hanya tengok ikan tu sekilas pandang.
ok fine dah melalut sebab kopi dah mula hilang keberkesanan. selamat pagi semua.
No comments:
Post a Comment