i saw somewhere on the instagram of a suam-suam kuku punya famous lady, who is the wife of a famous millionaire, she stated that she is a super mom. and somehow, i don't know why but i kept on thinking about it.
how do you define super mom? i don't think i should be giving birth to a super man then only i got the title. every mom is a super mom. honestly kalau nak cakap bab bab super and supremacy ni, i think i am more super than that lady.
yelah, wife of a millionaire, sure ada maid. and perhaps, maid dia yang basuh berak anak dia. buat susu, hm, maybe buat tapi tak selalu lah. yelah kalau dah ada kemudahan, kan lebih senang jerit "bibik, buat susu!" dari bangun dan buat susu tu sendiri. kalau lah anak dia muntah, agak-aganya dengan memakai baju Versace dengan kuku yang baru dipolish dan di manicure dan pedicure tu nak ke dia lap dan bersihkan muntah? maybe tak kot, nanti busuk lah baju tu, hilang kilat kuku-kuku semua. dan masa anak dia nak kena pergi pemeriksaan bulanan, i don't think dia pergi cucuk kat klinik kerajaan where they have to beratur, bila sampai turn kena bogelkan baby, timbang berat, ukur kepala, ukur panjang, then pakaikan balik, tunggu lagi. surely kat private they don't have to do all those. nurse yang buat semua kan. what a lucky mom. i think that title suits you better. you are a super mom because you are super lucky. that is all.
i think i am a super mom simply because i did all the ugly part of being a mom. basuh punggung, mandikan, buat susu, bagi makan, masak nasi bubur, lap muntah, basuh baju, henjut buai dan tepuk bontot sampai anak terlena, bersihkan rumah, masak nasi for suami, bawak anak gi klinik alone AND working at the same time. working in the sense of berbaktilah jugak pada keluarga, masyarakat dan negara (agak poyo di situ). i think i am a better super mom compared to the super mom mentioned above. tapi if other moms are reading this, some might think i don't deserve it. they might think they are a better super mom. who?
mak yang besarkan anak sorang-sorang sebab suami dah tak ada lagi. tabah kerja siang malam tapi tetap tak lupa untuk jaga kebajikan anak. tak ada maid nak uruskan, semua buat sendiri. tak pernah tahu wujudnya jenama beg yang bernama TODS dan Balenciaga. tak peduli bahawa tribal, aztec dan peplum adalah trend masa kini, janji anaknya dapat makan dan ada pakaian untuk dipakai. mak yang mampu besarkan 10 orang anak seorang diri dan semuanya jadi manusia yang berjaya. itulah super mom sebenar. pengorbanan, that is what makes you a super someone.
tapi semua mak sanggup buat apa saja untuk anak. dari kaya sampai miskin. sebab itu kita semua super mom. what makes us different is how lucky we are.
![]() |
| my mak |
![]() |
| my mama |


No comments:
Post a Comment