lama dah tak post entri pedas.
lately i realised that i was surrounded by lots and lots of people who are in love. i mean nauseating type of love. understand? alamak, camne nak explain explicitly eh. susah lah. ah senang cakap bebudak yang tak berapa cukup haul yang bercinta teruk-teruk. sorry for being too straight forward.
pernah ada this type of experience before. back then when i was in form one, two, three, four in MRSM PDRM. the time when i heard the word "couple" the most. si tu couple ngan si ni. si ni couple ngan si tu. aku je yang loser sebab tak lawa so takde orang nak couple ngan aku. tapi tak mati pun takde couple ni. aku membesar dengan kuat dan sihat dan survive 5 tahun of my study years there.
masa first kerja kat bagan datoh, everybody has a partner, and i again see myself as the loser. kali ini orang sekeliling aku couple sebab nak kawin dengan orang tu. Baha-Dana, Lynda-Shidee, Ilah-Deris, Muni-Tunang, Hasrul-Izan, semua sibuk tunjuk bakal suami/isteri, bukan tunjukkan awek/balak. i was a loser sebab takde calon suami lagi masa tu. tapi watpe nak rasa loser kan hidup mesti diteruskan.
tak sampai setahun lepas rasa loser tu i met my C. bukan couple tapi Calon suami. ajaib.
but now after 3 years of service, i got the feeling of the first experience. semua dok cakap pasal C. Couple, crush and cinta. du-uh. i mean to say bodoh. yelah. diri tak cukup haul tapi busy bercinta. bercinta teruk sampaikan orang sekeliling rasa cam nak throw up on your face.
one day i was queuing to draw some money from an ATM machine. and ternampak satu couple ni tengah duduk atas bench bawah escalator supermarket tu. si pompuan tengah suap si jantan makan crepe. dalam hati aku, "hey jantan ko takde tangan ke nak makan sendiri? and perlu ke si pompuan tu nak suap laki ko kat public? this is not even a restaurant!" tapi cakap dalam hati jelah. jantan tu pakai cap, aku nak gak tengok muka jantan tu. cam Aaron Aziz ke yang pompuan tu sayang sangat sampai makan pun kena bersuap? tetiba dia angkat muka dia, ya Allah. ok fine tak baik menghina tapi you all paham lah sendiri kan. dah terpandang, aku pun terus pandang. macam kenal mamat ni.
turn aku sampai. and masa tengah jolok kad tu tetiba ada suara. panggil "cikgu.." aku toleh, la... jantan yang kena suap tu tegur aku. anak murid aku rupanya. and guess what, dia ni budak form 1 yang tak lagi bersekolah. dia cakap "cikgu, belanja makan." aku goat grin kat dia then terus layan ATM machine tu, lagi bagus dari aku layan mamat manja tak kena tempat tu. dah habis urusan aku blah gi shopping.
masa aku sedang beli roti, sebelah aku dua orang couple surely budak sekolah, sebab pakai baju pj ada nama sekolah tett. masa nak pilih roti tu si jantan tanya "mama nak yang mana satu, cepat la, papa dah pilih papa punya." mata aku terus pandang diaorg, muka aku terus jadi camni
dalam hati aku cakap tiga huruf dalam gambar tu. aku cam nak muntah so terus amik je roti apa apa then blah. masa tu rasa cam loya masa mengandung. gila babi... papa and mama? gila babi sial. aku dengan laki aku pun tak macam ni. ohoo maybe kitorg tak romantik. tapi dalam hati aku tertanya tanya mana anak korang yang nak berpapa mama segala. sumpah geli.
kalau papa mama takat tu je boleh terima lagi rasanya. yelah sekarang kan semua ada hak asasi kan. pi mampos korang lah nak panggil apa kat C korang. tapi takpayah la merealisasikan panggilan tu dengan menjadi kan diri korang sebagai papa and mama kepada anak haram korang. mungkin cam cliche sangat nak kaitkan couple ngan anak haram ni tapi that is the truth. it is happening and it happens everywhere in our society.
teringat pengalaman aku masa mengandungkan Kamal dan aku kena masuk hospital sebab ada masalah kesihatan masa di hujung trimester kedua. sebelah katil aku, a petite girl. i mean very petite. tengah tunggu masa nak deliver. ketuban tak pecah tapi darah dah keluar sampai basah katil. doc suruh dia standby je. so dia pun call la whoever dia call tu. masa doctor datang nak bagitau dia yang dia akan dibawak ke labour room, mintak ade penjaga escort sekali, dia cakap "pukul 6 lah doctor, suami saya kerja" then doc cakap "suami? you mana kawin lagi! panggil parents you." pastu semua nurse macam boo dia and suruh dia panggil mak bapak dia. lepas dia ditolak masuk labour room semua dok senyum sinis kat dia and they were talking bout that girl. what i heard was she was 14, of course lah bukan bini orang sebab masih bawah umur. buat projek dengan bf sampai mengandung. then bapak suruh beranakkan jugak. dalam hati aku, aku rasa cam gila lah budak tu. tapi baik sikit lah sebab dia tak gugurkan or buang baby tu. realiti ni. selalu aku dengar je budak bawah umur mengandung, tapi ni real punya aku tengok. geleng kepala.
as Lala was once in O&G, she always came back and told us the reality in O&G labour room. each day, akan ada baby luar nikah yang akan dilahirkan, kadang-kadang tu boleh cecah 13 orang sehari. semua yang melahirkan ni akan ditulis "Cik" kat report sheet so means semua orang kat situ tahu dia ni lahirkan anak luar nikah. and she told me that mostly, these ladies are Malays. teenagers. dari rumah rumah perlindungan. lepas lahirkan tu, baby tu akan di ambil oleh JKM, dan akan diserahkan pada orang lain. realiti yang menyedihkan pada aku.
macam mana si mak tu boleh hidup lepas jerit perih dia lahirkan anak dia? aku pelik. jangan cakap masa lahir je. masa mengandung. takde connection ke antara mom-baby? macam mana diaorg ni berhati kering dan lupakan baby tu untuk terus hidup? pelik sangat.
C lah ikut suka hati korang tapi jangan lah buat benda yang menunjukkan yang korang ni dah lah tak matang lagi, pastu bodoh pulak tu. tak pasal-pasal mak bapak pun kena tuduh bodoh tak pandai didik anak. and tak pasal-pasal cikgu pun kena tempias salah jugak. dafak. kalau kita belajar betul-betul, tumpukan perhatian, misalnya dalam subjek sains tingkatan 3 dan biologi, ada diajar cara-cara pencegahan kehamilan. dan kalau tumpu lebih sikit, dalam subjek pendidikan Islam, cikgu ada bagitahu bahawa zina adalah dosa besar. dan ustazah dan ustaz jugak dah cerita tentang azab di neraka. kalau kita dengar lah. mesti lepas tu kita tahu apa nak buat kan, i mean tu pun kalau kita pergi sekolah dan belajar lah kan....
eh terpanjang pulak. kalau bosan lain kali tak payah baca lagi ok. sapa makan serbuk kopi mestilah dia rasa pahit kan. so takyah taouching kalau anda takde kena mengena dengan cerita C ni. kbye.

2 comments:
Teacher, I like this post and agree with most of the idea. agak pelevan nak letak couple and anak luar nikah sama sama kan. hmmmmm.
yes. somehow sometimes ada kaitan. isolated cases je tak for example kena rogol. sad truth. i was thinking what will happen to our society kalau things get worse.
Post a Comment