Wednesday, November 21, 2012

emosi malam ini. (entri panjang lagi pedas)

malam ni aku penuh emosi. dan selalunya bila aku beremosi entry blog in akan jadi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

aku emosi sebab Palestin. ya, serius.

sebelum aku amik keputusan untuk bukak laptop dan tulis entri ini, aku baca di wall Afdlin Shauki tentang penjelasan isu promosi filem Pontiank vs Orang Minyak. dalam status sebelum status itu, beliau mempromosi filem itu sambil mengatakan bahawa filem ini menyokong Palestin, dan aku yakin, keuntungan yang dia akan dapat dari filem ini akan disalurkan untuk membantu Palestin, biarpun 10RM. dan aku terus baca lagi. si pessimist menulis komen "publisiti murahan. jangan jadikan isu di Palestin untuk mencari keuntungan"
dalam hati aku berkata, what the fuck?
a man has to do what he has to do. jelasnya Afdlin Shauki seorang karyawan dan dia baru keluarkan filem, mestilah dia nak promosikan filem dia. dan isu menarik Palestin sebagai pelaris tak timbul kerana selama serangan ke atas Gaza berlaku, Afdlin adalah seorang artis yang prihatin terhadap perkambangan di sana. bukan macam Nora Danish yang hanya upload gambar vain dengan gincu merah menyala di instagram. apa salahnya mengaitkan sesuatu yang asyik berada di minda (kerana aku yakin dia jugak selalu terfikirkan soal ini) dengan apa yang kita harus buat untuk meneruskan kelangsungan hidup. kadang kadang orang nak think critically tapi it just went too wrong.

at least dia ada keprihatinan, keinginan dan usaha untuk menolong. dan tak hanya lupakan isu Palestin dan tumpukan pada promosi filem tu sahaja? before you condemn, ask yourself, have you done something?

next, obviously facebook bukan laman favourite aku sekarang. in fact setiap kali nak bukak facebook rasa macam tak best. sebab sekarang cuti dan facebook dipenuhi budak sekolah yang tak ada aktiviti lain selain online 24/7. sampaikan news feed aku dipenuhi status yang ntah hapa hapa. seriously ntah hapa hapa. pasal boyfriend, crush, sampaikan perbualan dia dengan orang lain pun direkod dalam bentuk dialog. dan paling meluat sekali bila ditulis perkataan bosaaaan pastu buat tanda (-.-) yang entah hapa hapa. sooo 90's la simbol ni semua. dulu orang main simbol ni kat handphone 3310 sebab obviously takde graphic smiley and emoticons. maaf lah, saya sebagai orang tua saya rasa macam bosan baca status yang tak memberi manfaat macam tu.. kalau sekadar nak luah perasaan tak apa. biasa lah tu. tapi apa kes kalau status di update 3 4 kali dalam masa satu minit. sila ke twitter jika anda nak update banyak status sekali. batak sangat lah.

dek kerana kebatakkan sesetengah rakan facebook aku, aku rasa kecewa lalu lead to become emotional. aku yakin kebanyakkan mereka tak tonton berita. mungkin ramai juga yang tak baca surat khabar. hanya baca muka buku dan novel Adam dan Hawa. banyak mana info yang boleh dapat dari pembacaan tersebut? aku yakin juga kebanyakkan mereka tak dapat memberi jawapan konkrit mengapa Israel begitu mahu menawan bumi Palestin dan membunuh civilians di sana? mungkin sesetangah mereka tak dapat bezakan apakah Israel, Yahudi, Jerusalam, dan Tel Aviv, Gaza dan Palestin. tapi dengan jayanya mereka boleh beritahu apakah beza crush, boyfriend dan couple.

kan lebih bagus jika dari usia semuda ini kita sudah kaji tentang isu yang berlaku. dan bawa pengetahuan ini ke perbincangan di sekolah atau di tempat lepak?

mulanya aku kurang percaya isu boikot Israel ni. sebab aku rasa apakah kaitannya aku makan Samurai burger dengan Palestin. tapi lepas baca post di wall Afdlin Shauki, aku dah mula sedar, sekecil-kecil usaha yang kita buat, akan dihitung oleh Allah dan akan disoal di akhirat. masa pergi pasar mini ada vanilla coke dan teh krisantimum seasons sebelah menyebelah. mengapa tidak boleh memilih yang lain sedangkan ada pilihan? aku bertekad, walaupun tak jadi true boycott, aku akan elakkan selagi boleh.

dan sedang membelek instagram, aku terlihat seorang rakan memuat naik gambar secawan kopi kisar Starbucks. ok lets come clean. pada aku Starbucks is a symbol of luxury jugak. yelah, secawan RM14. dulu bila kawan-kawan pos gambar di Starbucks atau memegang cup Starbuck, aku mesti cam wow. dan aku pun pernah minum kopi di sana. bukanlah sedap mana pun. belum habis aku dah muak dan loya. cuma aku tak batak sangat lah nak ambil gambar cawan Starbucks tu dan muat naik dengan caption "went to Starbucks today and this is awesome!" maaf lah, jika kumpul duit lima posen selama sebulan, Kamal Ashraf pun boleh minum di Starbucks. tapi kumpul lima posen selama sebulan belum tentu boleh beli sebelah subang dari Habib (ini hanya selingan)
bukan isu batak tak batak yang buat aku emo. isunya is how sensitive you are towards the sensitivity of Muslims around the world. dan aku rasa bersyukur sebab kebanyakkan gambar kat instagram aku adalah gambar Kamal Ashraf walaupun pernah ada niat nak tangkap gambar kotak Vantage yang aku baru beli. nasib baik aku tak sebatak itu. first mesti ada orang rasa annoyed dengan kebatakkan kita dan kita akan cakap balik "you're just jealous". no, bukan sebab jealous, kadang kadang maybe jealous tu buat orang rasa meluat. tapi mostly orang rasa meluat sebab rasanya tak perlu kot nak tangkap gambar handphone sendiri dan tulis caption "phone baru". perlu ke?

oklah dah panjang sangat ni. rasa banyak dah luahan perasaan kat sini. status aku di facebook memang nak taji orang tapi kalau korang rasa tak cukup pedas nak taji orang, apa aku kisah? kbye.

3 comments:

YuNyLoveSYou said...

Sgt setuju dgn entry hg yg ni!!!

oh, facebook untuk students aku buat asing... snang nak bg homework dan jugak nak pantau assignment n group discussion... kalau tak, penuh la wall ku dengan benda2 yang menyakitkan mata! hahaa.. kecewa cintan cintun semuaaa...

farrah said...

aiyaaaaa...mmg emotional nih.hheehehe

Lex Kamaruddin said...

juz can say wow...
ade info yg cm sme emo ngn gue...hahakzxzxz