Tuesday, October 16, 2012

three lesson learnt from others, today

moody. aku lah tu. banyak benda buat aku marah hari ini.

adakah salah kalau seorang guru meminta murid senyap ketika dia sedang bercakap? eh jap. perlu ke guru tu minta? bukan memang patut buat ke? tu bukan di kira sebagai tanda hormat kita kepada guru ke? 

aku memang bukanlah cikgu yang baik. favourite budak-budak. tak kisah pun. tapi aku bukanlah cikgu yang jahat. yang suka cari pasal dengan budak tanpa sebab. pukul atau marah budak tanpa sebab. hari ini, aku masuk kelas dan telah mengajar subjek aku ditambah dengan elemen "general knowledge", hoping that kelas tu boleh jadi kelas yang santai. budak tak perlu tulis banyak, just sit and listen.

pertama sekali aku memang terganggu dengan bunyi bising dek budak tingkatan 1 rehat. budak yang seret meja masuk kelas. plus, budak kelas aku yang berjalan-jalan dan bersembang masa aku suruh buat kerja. aku memang bersabar. cuba tak maki. so aku cakap:
"saya tak minta awak senyap sampai balik, cuma jangan bercakap semasa saya sedang bercakap. kalau awak bercakap, saya bercakap, siapa mahu mendengar?"

mulanya mereka senyap. aku juga ajar mereka tentang penyakit buasir. mereka ketawa. bila aku mahu sambung bunyi bercakap-cakap itu masih tak mahu berhenti. jadi aku ulang semula dialog diatas.

ketika sedang bercakap tentang makanan yang harus dikurangkan, bunyi itu muncul lagi. kali ini aku tak kuasa lagi nak jerit. aku berhenti, aku tarik nafas. cari tisu, lap tangan dan keluar ke pintu. sambil dalam hati aku berkata "tolonglah terasa" tapi bunyi itu berterusan. aku masuk dalam balik. cuba buka mulut mahu berkata sesuatu tapi bunyi itu masih wujud. aku berdiri macam orang-orang depan papan putih, dan cukup. that's my limit. aku bungkus semua dan cabut. dalam hati - "fuck shit!"

masuk bilik guru, aku terus twit semua yang aku rasa. dan ni kali pertama aku twit lebih dari 8 twit sekali twit. hilang hormat. sebab aku tidak dihormati ditempat yang aku paling patut dihormati. 

kelas seterusnya. aku berikan sesuatu yang ringan pada budak-budak. wordsearch puzzle yang mereka suka. aku cakap "siapa siap cikgu bagi RM5." semua murid duduk di lantai sebab kelas ini di dewan. dan manusia kanyaq ini enggan duduk di bawah. "tak biasa" katanya. wow. aku tanya "kamu orang apa tak pernah duduk atas lantai." "saya orang kaya" jawab si kanyaq. wow. aku rasa abah lagi kaya dari bapak dia. tapi aku biasa duduk di lantai dan waktu itu aku duduk bersama budak di lantai. 

akhir kelas hanya seorang yang berjaya menyelesaikan puzzle itu. "buat puzzle ni kat rumah. esok hantar. siapa tah hantar bayar saya seringgit!" si kanyaq keluarkan seringgit dari poket seluarnya dan serah duit tu pada aku. dalam hati "bedebah sungguh!" "saya nak bayar sebab saya tak mahu buat." wow kanyaq, kau cabar cikgu.

dan ini bukan kali pertama.

aku terus hina kanyaq gemuk itu. "eeh kau orang kaya ye? singgit je harga ilmu pada kau? bapak kau kerja apa cuba cerita sikit?" si kanyaq gemuk terus pusing dan berkata "tak apa lah cikgu." nak aja aku lempang muka dia dan cakap kau tak layak jadi orang kau lebih layak jadi khinzir. 

aku fotokopi puzzle itu sehelai dengan harga 10 sen. dan aku "minta" balasan seringgit. aku tamak? aku tukang pau? kasihan. anda tak mengerti bahasa figura. nilai ilmu yang ada dalam puzzle itu lebih tinggi dari 10 sen mahupun seringgit. ye lah, tanpa puzzle itu mereka takkan tahu bahawa clogs itu adalah terompah, bukan hanya bermaksud menyumbat. kasihan. bangsa yang tak tahu menilai harga ilmu. itulah sepautunya digelar bangsat. kasar bunyinya tapi tu lah hakikat.

aku terus berkerja. dan ya. mengawal 250 orang sekaligus yang berperangai seperti monyet lebih sukar dari mengawal 250 ekor monyet. dan cakap-cakap belakang kedengaran "cikgu tu tak pandai mengawal budak."   aku cari juga 8 orang guru yang patutnya menolong aku. tapi cuma nampak 3. tak apalah. cuma berharap sangat yang pandai mengawal budak tu turun membantu aku yang tak pandai mengawal budak. 

645. aku terus punch dan balik. tatap muka anak aku rasa lebih tenang. walaupun semasa membasuh beras hati aku ligat berkata-kata. 
semoga anak aku menjadi seorang manusia yang menghormati guru, menghargai ilmu dan less-talk-more-action person. 

No comments: