Monday, October 22, 2012

memori peperiksaan.

today is exam day. poor students but i am so in love with this period.

as a teacher, masa ni lah we all lapang sikit nak settle kerja itu kerja ini. tak payah fikir pasal lesson plan, apa nak ajar, activity apa nak buat. tak perlu pikir pasal buku nak di tanda. just masa dapat script jawapan jelah rasa nak muntah, loya, nak pengsan semua ada. but what tod do? this is part and parcel of a teacher's life. 

tapi budak sure rasa menyampah. menyampah yang tahap gile babeng. yelah, nak kena study sebelum masuk exam. pastu masa nak tulis essay tetiba takde idea. otak jem. shit gile masa tu. tengok soalan math, eh ni macam cikgu pernah bagi tapi nape aku takleh buat? shit ah! formula nak kira luas bulatan camne eh? lupa! siot tol. masa buat agama, alamak pendek semacam je jawapan aku. ah goreng lah bagi panjang sikit. paper sejarah, shit, yang aku baca tak masuk! ni semua part and parcel of exam life.

semua rasa benda yang sama. termasuklah aku.

dulu masa exam memang kebanyakkannya aku study, termasuk lah BI walaupun orang cakap BM and BI tak payah study. aku lipat kertas A4 jadi 8 bahagian, pastu buat nota ringkas guna pen berlainan warna. actually masa tulis tu aku boleh cakap yang aku ingat 60% benda yang aku tulis. lepas tu masa nakk recall balik subjek yang di baca aku dudu sorang dalam bilik atau atas katil and chanting sorang-sorang semua point tu. and aku makin ingat. sebelum tidur aku mesti baca pastu tidur dengan nota kat bawah bantal. and masa exam aku wajib tidur awal.

esok exam boleh dikatakan boleh buat lah. jarang lah jadi mental block or whatso ever.

tapi. masa SPM. 2003. memang aku takkan lupa.

paper kegemaran aku - BI. masa tu bulan puasa. mula buat memang aku yakin. tiba-tiba aku rasa sakit perut, rasa nak muntah plus nak berak. aku pun pergi berak. pastu rasa cam lega sikit. sambung buat. tak sampai 10 minit aku sakit perut lagi. and aku ke tandas lagi, kali ni pengawas ikut. malu dol. masa dalam toilet perut aku memulas gile. dah selesai aku rasa nak nangis sebab aku rasa loya sangat. aku try sambung tapi untuk kali ke 3 aku lari ke tandas sebab nak muntah. masa tu memang aku nangis and pengawas semua datang tengok aku. ketua pengawas call warden. diaorg ingat aku lapar sebab puasa. tapi sebenarnya aku keracunan makanan sebab makan nasi goreng basi masa sahur. 

aku dipaksa makan roti yang kak siti (warden aku) bawak. pastu minum milo. aku pun redha, korbankan puasa aku. then sorang pengawas paksa aku minum air suam. lepas minum tu aku terus lega. rehat selama 1/2 jam baru aku sambung paper aku. orang patut habis pukul 12.00 aku masih menulis pada pukul 1.00.

1.10 aku hantar. pengawas tu cakap "awak pasti? saya boleh tunggu lagi ni." "ya saya pasti."

kerana pasti itu aku hanya dapat A2 untuk paper kesayangan aku. 

aku harap aku tak perlu exam lagi. sebab dah malas nak study. tapi, aku manusia ada cita-cita. dan aku takkan biar rasa benci ni halang cita-cita aku. 

No comments: