aku kalau dah keluarkan pronoun aku depan budak tu mmg something wrong somewhere la. recall balik, tak banyak kali sangat lah aku guna perkataan aku depan budak kecuali bila aku cakap "ade aku kisah??" tapi bila aku guna perkataan aku memang aku marah.
kalau nak recall dari tahun 2009 memang tak ingat lah. takat 2011 tu boleh lagi aku ingat.
amokan pertama yang paling aku ingat. 5 Al-Farghani 2012.
aku masuk. mood baik punye. tetiba aku ternampak satu helai kertas dalam betuk kapal terbang atas meja cikgu. aku bukak. fuck. ni article yang aku bagi sial! sabar sabar. jadi nak test budak aku suruh depa keluarkan article tu. and yes yes yes. 8 orang hilangkan. sedangkan dari awal tahun aku selalu cakap "jangan guna hand out yang saya bagi untuk bungkus nasi lemak atau lapik punggung semasa nak duduk atas lantai" korang boleh hilangkan. cipan betul. ingat senang ke nak bagi article free kat orang bila kat bagan datoh takde kedai fotostet dan aku kena drive 29 km just nak fotocopy handout kat korang. and aku bayar setiap helai yang aku fotocopy tu dengan duit sendiri sedangkan masa tu aku tengah save nak kawin. boleh korang treat kertas tu camtu? cipan! so aku pun membebel lah. memula cam ok ok lg. nampak gaya cam cikgu sedang marah. tetiba aku rasa sayu. fuck aku menangis. dari pronoun I terus jadi aku.
aku menangis air mata kemarahan lah.sambil mulut terus membebel. atas meja natasya ade buku. memula aku ambil buku tu. aku pegang. hayun kiri hayun kanan. pastu aku campak. aku cari lagi barang. kotak pensil pulak. aku campak. campak itu campak ini. memang teruk kelas tu jadinya. aku angkat buku rekod dan blah. fuck fuck fuck.
aku memang ada habit suka membaling. so jangan buat aku marah semasa aku memegang pisau atau lembing.
amokan kedua. 5 Al-Haitham 2012.
aku mengamuk sebab ni kelas favourite aku tahun itu. pastu aku dengar ade budak claim aku tak masuk kelas mengajar, aku bukan cikgu yang baik lah bla bla bla. masa tu aku sedang hamil. 4 kali keluar masuk hosp. sebulan aku mc secara kolektifnya. so camne aku nak masuk kelas? seumur hidup aku jadi cikgu aku tak pernah tak masuk kelas sebab malas dan aku duduk di kantin minum nescafe sambil makan kuih ketayap. memang aku kecewa sangat sebab orang-orang yang aku harap paham keadaan aku backstab aku dari belakang. sedih dol. tapi takpelah. aku memang bukan cikgu yang baik. aku rasa satu hari nanti bila budak budak ni dah hamil atau bini mereka hamil, diaorg akan paham keadaan aku, si penghidap talassemia yang hamil dengan hb hanya antara 8-9 sahaja. aku mengamuk masa prep malam.
besoknya, Nuur Izham datang suruh aku check karangan dia. dia tulis pasal aku. ayat dia paling aku ingat "you are like a velcro strap, and we need you ..." aku cam, velcro strap? tapi aku senyum dan eventually kemarahan aku makin mereda. lagipun 2 tahun aku ajar bebudak US ni. kalau aku haramkan ilmu memang penat lah. aku kerja kat sabda tu macam nak mampos je. sia sia kalau aku haramkan.
sekarang bila tengok kejayaan budak-budak tu. rasa cam serious shit best. i am not a loser actually. waluapun aku bukan guru yang baik tapi alhamdulillah anak murid aku semuanya berjaya dan paling penting diaorng ingat aku dan hargai aku. syukur.
quitting? will do jugak someday. with pride. i am leaving this career one day because i am so going to be a lecturer. insyaAllah.
"i have a dream... a song to sing. to help me cope. with everything. if you see the wonder, of a fairy tale. you can take the future, even if you can't..."
No comments:
Post a Comment